TEKS BAHASA ARAB
بل لنا خاصة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Keharusan pembatalan haji (dengan menjadikannya umrah) kepada kami sahaja? Atau kepada manusia seluruhnya? Baginda bersabda: Untuk kita sahaja.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis nombor 3729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بلال بن الحارث – رضي الله عنه – قال: قلت: يا رسول الله! فسخ الحج لنا خاصة؟ أم للناس عامة؟ قال: ((بل لنا خاصة)). [د، ه، ن، الدارمي، قط، هق، حم، ((الضعيفة)) (1003)]
(Lemah)
Daripada Bilal bin al-Harith RA berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Keharusan pembatalan haji (dengan menjadikannya umrah) kepada kami sahaja? Atau kepada manusia seluruhnya? Baginda bersabda: Untuk kita sahaja.
[Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Nasa'i dalam Sunannya, al-Darimi, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1003]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.