Untuk aku bersama dengan mereka atau sebahagian daripada mereka, lebih dipercayai daripadaku dengan kalian atau sebahagian daripada kalian

TEKS BAHASA ARAB

لأنا بهم أو ببعضهم أوثق مني بكم أو ببعضكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Untuk aku bersama dengan mereka atau sebahagian daripada mereka, lebih dipercayai daripadaku dengan kalian atau sebahagian daripada kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1871, hadis nombor 9432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: ذكرت الأعاجم عند النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((لأنا بهم أو ببعضهم، أوثق مني بكم، أو ببعضكم)).
[ت، الطيالسي، ((الضعيفة)) (4862)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Disebutkan mengenai orang-orang ‘Ajam (orang bukan Arab) di sisi Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda: “Untuk aku bersama dengan mereka atau sebahagian daripada mereka, lebih dipercayai daripadaku dengan kalian atau sebahagian daripada kalian”. [Riwayat al-Tirmizi dan al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4862]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs