Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Untaian Islam akan terurai satu demi satu

Teks Bahasa Arab

لَتُنقَضَّنَّ عُرى الإسلامِ عُروةً عُروةً، وليكونُنَّ أئمةٌ مُضِلَّونَ، وليخرُجَنَّ على إثرِ ذلك الدجَّالونَ الثلاثةُ.

Teks Bahasa Melayu

Untaian Islam akan terurai satu demi satu, lalu akan muncullah para pemimpin yang sesat, dan akan keluarlah selepas itu Dajjal yang tiga.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 839-840, hadis no. 4304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: كنت في الحطيم مع حذيفة فذكر حديثا، ثم قال: ((لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، وليكونن أئمة مضلون، وليخرجن على إثر ذلك الدجالون الثلاثة)). وقال: قلت: يا أبا عبد الله! قد سمعت هذا الذي تقول من رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: نعم. [ك، ((الضعيفة)) (4302)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Aku berada di al-Haṭīm bersama Ḥudhaifah lalu dia menyebutkan sebuah hadis, kemudian dia berkata: Untaian Islam akan terurai satu demi satu, lalu akan muncullah para pemimpin yang sesat, dan akan keluarlah selepas itu Dajjal yang tiga. Dia berkata: Aku berkata: Wahai Abū ‘Abdullah! Engkau telah mendengar perkara ini yang engkau sebutkan adakah daripada Rasulullah SAW? Dia berkata: Ya. [Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4302]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.