Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضالَّةُ الإبلِ المكتومةُ، غرامتُها ومثلُها معها.
Teks Bahasa Melayu
Unta yang sesat yang disembunyikan, gantiannya adalah unta sepertinya dan seekor lagi sepertinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 882, hadis no. 4527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-: أن النبي - صلى الله عليه وسلم – قال: (ضالة الإبل المكتومة، غرامتها ومثلها معها). [د، هق، عب، عق، ((الضعيفة)) (4021)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Unta yang sesat yang disembunyikan, gantiannya adalah unta sepertinya dan seekor lagi sepertinya. [Riwayat Sunan Abu Daud, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Musannaf Abd al-Razzaq, al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4021]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman