Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Unta yang sesat disembunyikan, gantiannya adalah unta sepertinya

Teks Bahasa Arab

ضالَّةُ الإبلِ المكتومةُ، غرامتُها ومثلُها معها.

Teks Bahasa Melayu

Unta yang sesat disembunyikan, gantiannya adalah unta sepertinya dan seekor lagi sepertinya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 792, hadis no. 4076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي ﷺ قال: ضالة الإبل المكتومة، ‌غرامتها ‌ومثلها معها. [د، هق، عب، عق، (الضعيفة) (4021)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Unta yang sesat disembunyikan, gantiannya adalah unta sepertinya dan seekor lagi sepertinya. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, al-'Uqaily dalam al-Du'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4021]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.