Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Ungkapan yang benar namun digunakan bagi tujuan yang salah

Teks Bahasa Arab

كلمة حق أريد بها باطل.

Teks Bahasa Melayu

Ungkapan yang benar namun digunakan bagi tujuan yang salah.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 71, hadis no. 297. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام علي لما خرجت الحرورية وهم معه قالوا: لا حكم إلا لله فقال ذلك.

Bersumberkan ucapan 'Ali ketika golongan Haruriyyah (Khawarij) keluar (untuk menentangnya), ketika mereka berada bersama 'Ali, mereka berkata: "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah", lalu 'Ali pun mengungkapkan kata-kata tersebut.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.