Umur dunia keseluruhannya adalah bersamaan tujuh hari daripada hari akhirat

TEKS BAHASA ARAB

الدنيا كلها سبعة أيام من أيام الآخرة، وذلك قول الله تعالى: {وإن يوماً عند ربك كألف سنة مما تعدون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umur dunia keseluruhannya adalah bersamaan tujuh hari daripada hari akhirat, berdasarkan firman Allah Ta’ala: (Sesungguhnya satu hari daripada hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun daripada yang kamu hitung).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1266, hadis nombor 6471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: الدنيا كلها سبعة أيام من أيام الآخرة، وذلك قول الله تعالى: {وإن يوماً عند ربك كألف سنة مما تعدون}.
[ابن شاهين في ((رباعياته))، الفلاكي في ((الفوائد))، السهمي، فر، أبو الشيخ، ((الضعيفة)) (3611)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umur dunia keseluruhannya adalah bersamaan tujuh hari daripada hari akhirat, berdasarkan firman Allah Ta’ala: (Sesungguhnya satu hari daripada hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun daripada yang kamu hitung).
[Riwayat Ibn Shahin dalam Ruba'iyyatih, al-Falaki dalam al-Fawa'id, al-Sahmi, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, Abu al-Sheikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3611]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.