Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا كلُّها سبعةُ أيامٍ من أيامِ الآخرةِ، وذلك قولُ اللهِ تعالى: {وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبَّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Umur dunia keseluruhannya adalah bersamaan tujuh hari daripada hari akhirat, berdasarkan firman Allah Ta'ala: (Sesungguhnya satu hari daripada hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun daripada yang kamu hitung).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1266, hadis no. 6471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: الدنيا كلها سبعة أيام من أيام الآخرة، وذلك قول الله تعالى: {وإن يوماً عند ربك كألف سنة مما تعدون}. [ابن شاهين في ((رباعياته))، الفلاكي في ((الفوائد))، السهمي، فر، أبو الشيخ، ((الضعيفة)) (3611)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Umur dunia keseluruhannya adalah bersamaan tujuh hari daripada hari akhirat, berdasarkan firman Allah Ta'ala: (Sesungguhnya satu hari daripada hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun daripada yang kamu hitung). [Riwayat Ibn Shahin dalam Ruba'iyyatih, al-Falaki dalam al-Fawa'id, al-Sahmi, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, Abu al-Sheikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3611]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman