Umur dunia adalah 7000 tahun

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الدنيا سبعة آلاف سنة أنا في الألف السابع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Umur dunia adalah 7000 tahun dan aku berada pada ribu yang ketujuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 81-82, hadis nombor 203. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قد اشتهر هذا الحديث بين كثير من الناس، وبالغ العارف البسطامي فادعى في كتابه " مفتاح الجفر" اتفاق وجوه الملل على ذلك، قال ابن الأثير: ألفاظه موضوعة، وأورده ابن الجوزي في الموضوعات.

Hadith ini masyhur dalam kalangan orang ramai. Al-‘Arif al-Bustami telah melampaui apabila beliau mendakwa dalam kitabnya Miftah al-Jufr bahawa semua agama sepakat terhadap perkara tersebut. Ibn al-Athir berkata: Lafaz-lafaznya palsu. bn al-Jauzi memasukkannya di dalam al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs