Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: الدُّنْيَا سَبْعَة آلَاف سنة أَنا فِي الْألف السَّابِع.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Umur dunia adalah 7000 tahun dan aku berada pada ribu yang ketujuh.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 81-82, hadis no. 203. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قد اشتهر هذا الحديث بين كثير من الناس، وبالغ العارف البسطامي فادعى في كتابه " مفتاح الجفر" اتفاق وجوه الملل على ذلك، قال ابن الأثير: ألفاظه موضوعة، وأورده ابن الجوزي في الموضوعات.
hadis ini masyhur dalam kalangan orang ramai. Al-'Arif al-Bustami telah melampaui apabila beliau mendakwa dalam kitabnya Miftah al-Jufr bahawa semua agama sepakat terhadap perkara tersebut. Ibn al-Athir berkata: Lafaz-lafaznya palsu. bn al-Jawzi memasukkannya di dalam al-Maudhu’at.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman