Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العُمرةُ من الحجِّ بمنزلةِ الرَّأسِ من الجسَدِ، وبمنزلةِ الزَّكاةِ من الصِّيامِ.
Teks Bahasa Melayu
(Perkaitan hubungan antara) umrah dan haji adalah seumpama (perkaitan hubungan) kepala dan badan, dan seperti zakat dan puasa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 881, hadis no. 4524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: (العمرة من الحج بمنزلة الرأس من الجسد، وبمنزلة الزكاة من الصيام). [فر، ((الضعيفة)) (3953)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Perkaitan hubungan antara) umrah dan haji adalah seumpama (perkaitan hubungan) kepala dan badan, dan seperti zakat dan puasa. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3953]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman