Ummu Zar berkata benar, tiada yang menyembah batu melainkan orang yang sesat

TEKS BAHASA ARAB

صدقت أم ذر فما عبد الحجارة غير غاو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ummu Zar berkata benar, tiada yang menyembah batu melainkan orang yang sesat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1087, hadis nombor 5527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم ذر رضي الله عنها قالت: كان صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن يتبسم، قال لأبي ذر: حدثني ببدء إسلامك. قال: كان لنا صنم يقال له: نُهْم فصببت له لبنًا ووليت، فحانت مني التفاتة، فإذا كلب يشرب ذلك اللبن فلما فرغ رفع رجله فبال على الصنم، فأنشأت أقول:
ألا يا نهم إني قد بدا لي *** مدى شرفٍ يبعد منك قربا
رأيت الكلب سامك خط خسفٍ *** فلم يمنع قفاك اليوم كلبا.
فسمعتني أم ذر فقالت: لقد أتيت جرمًا وأصبت عظما حين هجوت (نهمًا) فخبّرتها الخبرَ فقالت:
ألا فابغنا ربًا كريمًا *** جوادًا في الفضائل يا بن وهب
فما مَن ساق كلبٌ حقيرٌ.*** فلم يمنع يداه لنا برب
فما عبد الحجارة غير غاوٍ *** ركيك العقل ليس بذي لب.
قال: فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صدقت أم ذر فما عبد الحجارة غير غاو. [الفاكهي في كتاب مكة، الضعيفة (6487)].

(Munkar) Daripada Ummu Zar RA, beliau menceritakan, Jika Nabi SAW ingin tersenyum, Baginda akan berkata kepada Abu Zar: Ceritakan kepadaku tentang permulaan Islam kamu. Abu Zar bercerita: Kami memiliki sebuah berhala yang dipanggil Nuhm. Aku percik-percikkan susu padanya dan aku menguruskan. Apabila aku menoleh, tiba-tiba ada seekor anjing minum susu tadi, setelah selesai ia pun mengangkat sebelah kakinya dan kencing pada patung berhala tersebut. Maka aku pun bersenandung: Wahai Nuhm, telah jelas padaku, sejauh mana kemuliaan menjauhimu. Aku lihat anjing telah menghinamu, namun tengkukmu gagal menghalang penghinaan itu. Umm Zar terdengar ucapan saya, lalu berkata: Kamu telah melakukan satu jenayah besar kerana menghina Nuhm! Aku pun menceritakan apa yang telah berlaku. Lalu Umm Zar berkata: Ketahuilah carikan untuk kita Tuhan Yang Pemurah, Yang sangat banyak pemberian wahai Ibn Wahb. Bukanlah Tuhan kita sesuatu yang dikencingi anjing namun tangannya gagal menepis. Tiada yang menyembah batu selain yang sesat, nipis akal dan tiada berotak”. Rasulullah SAW bersabda: Umm Zar berkata benar, tiada yang menyembah batu melainkan orang yang sesat. [Riwayat al-Fakihi dalam Kitab Makkah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6487]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs