Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أصابَني شيءٌ منها – يعني : الشَّاةَ المسمومَةَ – إلَّا وَهوَ مَكْتوبٌ عليَّ ؛ وآدمُ في طينتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Ummu Salamah RA berkata: Wahai Rasulullah! setiap tahun Anda masih saja mengalami sakit akibat racun yang ada pada daging kambing beracun yang Anda makan? Beliau menjawab, "Tidaklah rasa sakit akibat dari kambing yang diberi racun itu menimpaku kecuali dia telah ditentukan bagiku dan Adam masih berbentuk tanahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1746, hadis no. 8796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: Ummu Salamah RA berkata: "Wahai Rasulullah! setiap tahun Anda masih saja mengalami sakit akibat racun yang ada pada daging kambing beracun yang Anda makan?" Beliau menjawab, ((Tidaklah rasa sakit akibat dari kambing yang diberi racun itu menimpaku kecuali dia telah ditentukan bagiku dan Adam masih berbentuk tanahnya.)) [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4422].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman