Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ummu Mildam (demam) memakan daging dan minum darah, sejuknya dan panasnya daripada jahannam

Teks Bahasa Arab

أمُّ مِلْدَمٍ تأكلُ اللحمَ ، وتشربُ الدمَ ، بَرْدُهَا وحَرُّهَا من جهنمَ.

Teks Bahasa Melayu

Ummu Mildam (demam) memakan daging dan minum darah, sejuknya dan panasnya daripada jahannam.

Sahabat Perawi

  1. Syabib bin Nu'aim

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768, hadis no. 8899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن شبيب بن نعيم -قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((أم ملدم تأكل اللحم وتشرب الدم بردها وحرها من جهنم.)) [طب، ((الضعيفة)) (7062)].

(Munkar) Daripada Syabib bin Nu'aim beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Ummu Mildam (demam) memakan daging dan minum darah, sejuknya dan panasnya daripada Jahannam.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7062].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.