Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانت أمُّ الحريرِ، إذا ماتَ أحدٌ منَ العرَبِ اشتدَّ علَيها فقيلَ لَها إنَّا نراكِ إذا ماتَ الرَّجلُ منَ العربِ اشتدَّ علَيكِ ، قالت : سمِعتُ مَولايَ يقولُ :(( مِن اقترابِ السَّاعةِ هلاكُ العربِ)).
Teks Bahasa Melayu
Ummu al-Harir akan berasa perit jika ada kematian orang berbangsa Arab. Maka ditanya kepadanya: “Sesungguhnya kami ada nampak seseorang dari kalangan bangsa Arab telah mati. Adakah engkau akan berasa perit juga?” Dia berkata: Aku pernah mendengar tuanku berkata: "Antara (tanda) kiamat semakin dekat ialah kematian orang-orang berbangsa Arab.”
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis no. 9452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن أبو رزين عن أمه قالت: كانت أم الحرير إذا مات أحد من العرب اشتد عليها، فقيل لها: إنا نراك إذا مات الرجل من العرب اشتد عليك؟ قالت سمعت مولاي يقول: ((من اقتراب الساعة هلاك العرب)). [ت، ((الضعيفة)) (4515)]
(Lemah) Daripada Muhammad bin Abu Razin daripada ibunya: bahawa dia berkata: "Ummu al-Harir akan berasa perit jika ada kematian orang berbangsa Arab." Maka ditanya kepadanya: “Sesungguhnya kami ada nampak seseorang dari kalangan bangsa Arab telah mati. Adakah engkau akan berasa perit juga?” Dia berkata: Aku pernah mendengar tuanku berkata: "Antara (tanda) kiamat semakin dekat ialah kematian orang-orang berbangsa Arab.” [Riwayat al-Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4515]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman