Umatku yang paling utama adalah orang yang beramal dengan rukhsah (keringanan)

TEKS BAHASA ARAB

أفضل أمتي الذين يعملون بالرخص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku yang paling utama adalah orang yang beramal dengan rukhsah (keringanan).

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1252 – 1253, hadis nombor 6397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: أفضل أمتي الذين يعملون بالرخص.
[فر، ((الضعيفة)) (2514)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umatku yang paling utama adalah orang yang beramal dengan rukhsah (keringanan).
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2514]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs