Umatku yang paling penyayang adalah Abū Bakr al-Ṣiddīq

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أرحم أمتي أبو بكر الصديق، وأحسنهم خلقا أبو عبيدة بن الجراح، وأصدقهم لهجة أبو ذر، وأشدهم في الحق عمر، وأقضاهم علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku yang paling penyayang adalah Abū Bakr al-Ṣiddīq, yang paling baik akhlaknya adalah Abū ‘Ubaydah bin al-Jarrāḥ, yang paling jujur pertuturannya adalah Abū Dzar, yang paling tegas dalam kebenaran adalah ‘Umar, dan yang paling (adil dalam) memutuskan sesuatu hukuman adalah ‘Alī.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 142-143, hadis nombor 715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالرحمن بن أبي بكر الصديق، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أرحم أمتي أبو بكر الصديق، وأحسنهم خلقاً أبو عبيدة بن الجراح، وأصدقهم لهجة أبو ذر، وأشدهم في الحق عمر، وأقضاهم علي)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7141)]

(Lemah)
Daripada ‘Abd al-Rahmān bin Abī Bakr al-Ṣiddīq, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Umatku yang paling penyayang adalah Abū Bakr al-Ṣiddīq, yang paling baik akhlaknya adalah Abū ‘Ubaydah bin al-Jarrāḥ, yang paling jujur pertuturannya adalah Abū Dzar, yang paling tegas dalam kebenaran adalah ‘Umar, dan yang paling (adil dalam) memutuskan sesuatu hukuman adalah ‘Alī.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.