Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Umatku yang paling jahat akan muncul mengatasi kalangan mereka yang paling baik

Teks Bahasa Arab

سيظهرُ شِرارُ أمتي على خيارِهم، حتى يَستخفيَ فيهمُ المؤمنُ، كما يَستخفي فينا المنافقُ.

Teks Bahasa Melayu

Umatku yang paling jahat akan muncul mengatasi kalangan mereka yang paling baik, sehinggalah orang yang beriman akan bersembunyi dalam kalangan mereka, seperti mana orang munafik bersembunyi dalam kalangan kita.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 575, hadis no. 2965.

(ضعيف) عن حسان بن عطية قال: قال ﷺ: «سيظهر شرار أمتي على خيارهم، حتى ‌يستخفي فيهم المؤمن، كما ‌يستخفي فينا المنافق». [الداني في «الفتن»، «الضعيفة» (6759)].

(Lemah) Daripada Hassan bin 'Atiyyah, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Umatku yang paling jahat akan muncul mengatasi kalangan mereka yang paling baik, sehinggalah orang yang beriman akan bersembunyi dalam kalangan mereka, seperti mana orang munafik bersembunyi dalam kalangan kita". [Riwayat al-Dani dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6759].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.