TEKS BAHASA ARAB
إن أمتي لن تجتمع على ضلالة، فإذا رأيتم الاختلاف فعليكم بالسواد الأعظم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan. Oleh itu, apabila kamu melihat berlakunya perselisihan, maka hendaklah kamu bersama kumpulan yang terbesar.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1254 – 1255, hadis nombor 6410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إن أمتي لن تجتمع على ضلالة، فإذا رأيتم الاختلاف فعليكم بالسواد الأعظم.
[هـ، ابن أبي عاصم، عبد بن حميد، اللالكائي، ((الضعيفة)) (2896)]
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan. Oleh itu, apabila kamu melihat berlakunya perselisihan, maka hendaklah kamu bersama kumpulan yang terbesar.
[Riwayat Ibn Majah, Ibn Abi 'Asim, 'Abd bin Humaid, al-Lalaka'iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2896]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.