TEKS BAHASA ARAB
أمتي على خمس طبقات: فأربعون سنة أهل بر وتقوى، ثم الذين يلونهم إلى عشرين ومئة سنة أهل تراحم وتواصل، ثم الذين يلونهم إلى ستين ومئة سنة أهل تدابر وتقاطع، ثم الهرج الهرج، النجا النجا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Umatku mempunyai 5 peringkat: 40 tahun dipenuhi dengan orang yang berbuat kebajikan dan orang yang bertakwa, kemudian diikuti dengan orang yang saling berkasih sayang dan saling menghubungkan silaturahim selama 120 tahun, kemudian orang yang selepas mereka hingga 160 tahun adalah orang yang saling membelakangi dan saling memutuskan hubungan. Kemudian dikuti dengan zaman pembunuhan, dan seterusnya, zaman kemenangan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1324, hadis nombor 6758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أمتي على خمس طبقات: فأربعون سنة أهل بر وتقوى، ثم الذين يلونهم إلى عشرين ومئة سنة أهل تراحم وتواصل، ثم الذين يلونهم إلى ستين ومئة سنة أهل تدابر وتقاطع، ثم الهرج الهرج، النجا النجا.
[هــ، ((الضعيفة)) (2940)]
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, daripada Rasulullah SAW bersabda: Umatku mempunyai 5 peringkat: 40 tahun dipenuhi dengan orang yang berbuat kebajikan dan orang yang bertakwa, kemudian diikuti dengan orang yang saling berkasih sayang dan saling menghubungkan silaturahim selama 120 tahun, kemudian orang yang selepas mereka hingga 160 tahun adalah orang yang saling membelakangi dan saling memutuskan hubungan. Kemudian dikuti dengan zaman pembunuhan, dan seterusnya, zaman kemenangan.
[Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2940]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.