Umatku masih terus menunaikan solat empat rakaat ini sebelum Asar

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال أمتي يصلون هذه الأربع ركعات قبل العصر؛ حتى تمشي على الأرض مغفوراً حتماً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku masih terus menunaikan solat empat rakaat ini sebelum Asar, sehinggalah mereka berjalan di atas muka bumi dalam keadaan pasti diampunkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis nombor 1666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- : ((لا تزال أمتي يصلون هذه الأربع ركعات قبل العصر؛ حتى تمشي على الأرض مغفوراً حتماً)). [ طس، ((الضعيفة)) (5057) ].

(Palsu) Dari ‘Ali bin Abi Talib RA: Umatku masih terus menunaikan solat empat rakaat ini sebelum Asar, sehinggalah mereka berjalan di atas muka bumi dalam keadaan pasti diampunkan. [Diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5057].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs