Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تزال أمتي يصلون هذه الأربع ركعات قبل العصر؛ حتى تمشي على الأرض مغفوراً حتماً.
Teks Bahasa Melayu
Umatku masih terus menunaikan solat empat rakaat ini sebelum Asar, sehinggalah mereka berjalan di atas muka bumi dalam keadaan pasti diampunkan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis no. 1666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- : ((لا تزال أمتي يصلون هذه الأربع ركعات قبل العصر؛ حتى تمشي على الأرض مغفوراً حتماً)). [ طس، ((الضعيفة)) (5057) ]
(Palsu) Dari ‘Ali bin Abi Talib RA: Umatku masih terus menunaikan solat empat rakaat ini sebelum Asar, sehinggalah mereka berjalan di atas muka bumi dalam keadaan pasti diampunkan. [Riwayat Al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5057]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman