Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: أمتِي فِي سَائِر الْأُمَم كَالْقَمَرِ فِي النُّجُوم.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Umatku dibandingkan umat-umat yang lain adalah seperti bulan berbanding bintang-bintang.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 48, hadis no. 77. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
hadis ini terdapat di awal kitab yang bertajuk Musnad Anas al-Basri yang mengandungi kira-kira 300 hadis yang diriwayatkan oleh Sam’an bin Mahdi daripada Anas bin Malik. Semua hadis itu bohong, semoga Allah menghukum perekanya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman