Umatku dalam seluruh umat, umpama bulan dalam bintang-bintang

TEKS BAHASA ARAB

أمتي في سائر الأمم كالقمر في النجوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku dalam seluruh umat, umpama bulan dalam bintang-bintang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 247, hadis nombor 445. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: كتاب يدعى بمسند أنس البصري، مقدار ثلاث مئة حديث, يرويه سمعان بن المهدي عن أنس. وأوله: أمتي في سائر الأمم كالقمر في النجوم. وفي الذيل: سمعان بن المهدي عن أنس، لا يكاد يعرف، ألصقت به نسخة مكذوبة. قبح الله من وضعها. وفي اللسان هي من رواية محمد بن مقاتل الرازي، عن جعفر بن هارون، عن سمعان، فذكر النسخة، وهي أكثر من ثلاث مئة حديث، أكثر متونها موضوعة. انتهى.

Dan daripadanya: Kitab yang didakwa sebagai Musnad Anas al-Basri dengan kira-kira tiga ratus hadis yang diriwayatkan oleh Sam’an bin al-Mahdi daripada Anas. Yang pertama daripadanya ialah hadis Umatku dalam seluruh umat, umpama bulan dalam bintang-bintang. Dan dalam kitab al-Zayl, Sam’an bin al-Mahdi daripada Anas, hampir tidak diketahui naskahnya telah diletakkan naskah dusta. Moga Allah memburukkan orang yang mereka ciptanya. Dan dalam kitab al-Lisan, ia adalah dari riwayat Muhammad bin Muqatil al-Razi daripada Ja’far bin Harun daripada Sam’an, lalu dia telah menyebut naskah tersebut dan ia lebih banyak daripada tiga ratus hadis, kebanyakan matannya adalah palsu, tamat.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs