Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Umatku berada dalam kebaikan selagi mana mereka tidak mengubah kiblat mereka dan mereka tidak mengatakan insya-Allah kami beriman

Teks Bahasa Arab

حَدِيْثٌ: إِنَّ أُمَّتِي عَلَى الْخَيْرِ، مَالَمْ يَتَحَوَّلُوا عَنِ الْقِبْلَةِ، وَلَمْ يَسْتَثْنُوا فِي إِيْمَانِهِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Umatku berada dalam kebaikan selagi mana mereka tidak mengubah kiblat mereka dan mereka tidak mengatakan insya-Allah kami beriman.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 453, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن أنس مرفوعا، وهو من وضع المرجئة، وفي إسناده: مجاهيل. وقال الذهبي في ترجمة جعفر بن هارون الواسطي المذكور في إسناده: أتى بخبر موضوع، وهو هذا.

Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia dipalsukan oleh Murjiah. Dalam sanadnya ada perawi-perawi yang majhul (tidak dikenali). Al-Zahabi berkata dalam biografi Jaafar bin Harun al-Wasiti yang disebutkan dalam sanad ini: Dia mendatangkan hadith-hadith palsu, iaitu hadith ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.