Umatku akan selamat daripada tenggelam sekiranya ketika mereka menaiki kapal, mereka membaca ayat ini

TEKS BAHASA ARAB

أمان لأمتي من الغرق إذا ركبوا البحر أن يقولوا: {بسم الله مجراها ومرساها} الآية، {وما قدروا الله حق قدره} الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku akan selamat daripada tenggelam sekiranya ketika mereka menaiki kapal, mereka membaca ayat: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya, [Surah Hud, ayat 41] dan Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, [Surah al-Zumar, ayat 67].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1254, hadis nombor 6406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسين بن علي بن أبي طالب رضي الله عنهما مرفوعا: أمان لأمتي من الغرق إذا ركبوا البحر أن يقولوا: {بسم الله مجراها ومرساها} الآية، {وما قدروا الله حق قدره} الآية.
[ع، ابن السني، ابن عساكر، الحربي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (2932)].

(Palsu)
Daripada al-Husain bin ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umatku akan selamat daripada tenggelam sekiranya ketika mereka menaiki kapal, mereka membaca ayat: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya, [Surah Hud, ayat 41] dan Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, [Surah al-Zumar, ayat 67].
[Riwayat Abu Ya'la, Ibn al-Sunni, Ibn 'Asakir, al-Harabi dalam al-Amaliy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2932]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs