Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Umatku akan meminum arak setelah pemergianku kelak

Teks Bahasa Arab

سَتشرَبُ مِن بعدي أمَّتيَ الخمرَ، يُسمُّونَها بغيرِ اسمِها، يكونُ عَونُهم على شُربِها أُمراؤُهم.

Teks Bahasa Melayu

Umatku akan meminum arak setelah pemergianku kelak. Mereka menamakannya dengan nama yang lain dan yang akan membantu mereka untuk meminumnya ialah pemerintah-pemerintah mereka.

Sahabat Perawi

  1. Nafi’ bin Kaysan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis no. 2156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن نافع بن كيسان أنه سمع رسول الله ﷺ يقول: «ستشرب من بعدي أمتي الخمر، يسمونها بغير اسمها، يكون عونهم على شربها أمراؤهم». [ابن منده، «الضعيفة» (3691)].

(Lemah) Daripada Nafi’ bin Kaysan, bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Umatku akan meminum arak setelah pemergianku kelak. Mereka menamakannya dengan nama yang lain dan yang akan membantu mereka untuk meminumnya ialah pemerintah-pemerintah mereka". [Diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3691].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.