Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَزَالُ أُمَّتِي عَلَى الْفِطْرَةِ؛ مَا أَسْفَرُوا بِصلاة الْفَجْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Umatku akan kekal berada di atas fitrah selagi mana mereka menunaikan solat subuh semasa langit sedikit cerah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis no. 1797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه -، قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «لا تَزَالُ أُمَّتِي عَلَى الْفِطْرَةِ؛ مَا أَسْفَرُوا بِصلاة الْفَجْرِ». [البزار، طس، «الضعيفة» (6426)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Umatku akan kekal berada di atas fitrah selagi mana mereka menunaikan solat subuh semasa langit sedikit cerah". [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6426].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman