TEKS BAHASA ARAB
حديث: أمتي بشرارها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Umatku akan dibantu orang yang jahat dalam kalangan mereka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: مجهولان، ويؤيده: إن الله يؤيد هذا الدين بالرجل الفاجر.
Di dalam sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali, dan dikuatkan lagi dengan lafaz: Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini melalui lelaki yang jahat.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.