Umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya pada dahi dan kaki kerana kesan berwuduk

TEKS BAHASA ARAB

إن أمتي يأتون يوم القيامة غرا محجلين من آثار الوضوء، فمن استطاع منكم أن يطيل غرته فليفعل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya umatku akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan bercahaya pada dahi dan kaki kerana kesan berwuduk. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan kamu yang mampu untuk memanjangkan cahayanya, maka lakukanlah.

STATUS

Mudraj

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1194, hadis nombor 6057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(مدرج الشطر الآخر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أمتي يأتون يوم القيامة غرا محجلين من آثار الوضوء، فمن استطاع منكم أن يطيل غرته فليفعل.
[خ، م، حم، ((الضعيفة)) (1030)]

(Mudraj pada bahagian akhir)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya pada dahi dan kaki kerana kesan berwuduk. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan kamu yang mampu untuk memanjangkan cahayanya, maka lakukanlah.
[Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah (1030)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs