Umatku akan berpecah kepada 70 puak

TEKS BAHASA ARAB

حديث: تفترق أمتي على سبعين فرقة، كلهم في الجنة إلا فرقة واحدة، قالوا: يا رسول اله من هم؟ قال: الزنادقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Umatku akan berpecah kepada 70 puak, kesemuanya berada dalam syurga kecuali satu puak. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Mereka adalah puak Zindiq.

STATUS

Tidak Ada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 66, hadis nombor 150. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له بهذا اللفظ.

Tidak ada asalnya dengan lafaz ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.