Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ بَلَغَ الثمانين من هذه الأمَّةِ؛ لم يُعْرَضْ ولم يُحاسَبْ، وقيل: ادْخُلِ الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa dalam kalangan umat ini yang mencapai usia 80 tahun, dia tidak akan dibentangkan (amalan-amalannya) dan tidak akan dihisab serta dikatakan: Masuklah ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1356, hadis no. 6920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: من بلغ الثمانين من هذه الأمة؛ لم يعرض ولم يحاسب، وقيل: ادخل الجنة. [حل، ((الضعيفة)) (5097)]
(Lemah) Daripada 'Aishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa dalam kalangan umat ini yang mencapai usia 80 tahun, dia tidak akan dibentangkan (amalan-amalannya) dan tidak akan dihisab serta dikatakan: Masuklah ke dalam syurga. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5097]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman