Sebaik-baik umatku dalam setiap kurun itu seramai 500 orang

TEKS BAHASA ARAB

خيار أمتي في كل قرن خمسمائة، والأبدال أربعون، فلا الخمسمائة ينقصون، ولا الأربعون، كلما مات رجل أبدل الله عز وجل من الخمسمائة مكانه، وأدخل من الأربعين مكانه، قالوا: يا رسول الله! دلنا على أعمالهم، قال: يعفون عمن ظلمهم، ويحسنون إلى من أساء إليهم، ويتواسون فيما آتاهم الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik umatku dalam setiap kurun itu seramai 500 orang. Dan Abdal (Wali) adalah seramai 40 orang. 500 orang itu tidak berkurang, 40 orang juga tidak berkurang. Setiap kali seorang lelaki meninggal dunia, maka Allah Azzawajalla akan menggantikan kedudukannya daripada kalangan 500 orang tersebut. Dan dimasukkan juga seorang dalam kalangan yang 40 orang tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, tunjukkan kami apakah amalan mereka?, Baginda menjawab: “Mereka memaafkan orang yang menzalimi mereka, mereka berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka, dan mereka selalu berlapang dada dengan kurniaan Allah Azzawajalla kepada mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 19, hadis nombor 40. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((خيار أمتي في كل قرن خمسمائة، والأبدال أربعون، فلا الخمسمائة ينقصون، ولا الأربعون، كلما مات رجل أبدل الله عز وجل من الخمسمائة مكانه، وأدخل من الأربعين مكانه، قالوا: يا رسول الله! دلنا على أعمالهم، قال: يعفون عمن ظلمهم، ويحسنون إلى من أساء إليهم، ويتواسون فيما آتاهم الله – عز وجل-)).
[حل، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (935)]

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik umatku dalam setiap kurun itu seramai 500 orang. Dan Abdal (Wali) adalah seramai 40 orang. 500 orang itu tidak berkurang, 40 orang juga tidak berkurang. Setiap kali seorang lelaki meninggal dunia, maka Allah Azzawajalla akan menggantikan kedudukannya daripada kalangan 500 orang tersebut. Dan dimasukkan juga seorang dalam kalangan yang 40 orang tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, tunjukkan kami apakah amalan mereka?, Baginda menjawab: “Mereka memaafkan orang yang menzalimi mereka, mereka berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka, dan mereka selalu berlapang dada dengan kurniaan Allah Azzawajalla kepada mereka.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.935]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs