Umat Nabi Muhamad SAW pada akhir zaman meminum arak yang ditukar namanya

TEKS BAHASA ARAB

ستشرب من بعدي أمتي الخمر، يسمونها بغير اسمها، يكون عونهم على شربها أمراؤهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku selepas kewafatanku akan meminum arak, mereka memanggilnya (arak) dengan nama lain. Para pemerintah merekalah yang membantu mereka meminum arak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331, hadis nombor 6796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن نافع بن كيسان رضي الله عنه، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ستشرب من بعدي أمتي الخمر، يسمونها بغير اسمها، يكون عونهم على شربها أمراؤهم.
[ابن منده، ((الضعيفة)) (3691)]

(Lemah)
Daripada Nafi’ bin Kaisan RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Umatku selepas kewafatanku akan meminum arak, mereka memanggilnya (arak) dengan nama lain. Para pemerintah merekalah yang membantu mereka meminum arak.
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3691]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs