Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هذهِ الدنيا مثلتْ لي، فقلتُ لها: إليكِ عني! ثم رجعتْ فقالتْ: إنك إنْ أفلتَّ مني ؛فلنْ يفلتَ مني مَن بعدِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Dibentuk bagiku dunia (seolah-olah suatu lembaga), lalu aku berkata kepadanya (dunia): "Jauhlah kamu dari diriku", kemudian ia (dunia) kembali lagi dan berkata: "Jika engkau lari daripadaku, maka tidak akan lari daripadaku sesiapapun selepas kamu".
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 623, hadis no. 3242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA berkata: Kami bersama Abu Bakar al-Siddiq RA lalu beliau meminta suatu minuman. Lalu didatangkan kepadanya air dan madu. Apabila ia didekatkan ke mulutnya, beliau menangis dan menangis sehingga sahabat-sahabatnya yang lain juga menangis. Apabila mereka berhenti (menangis), Abu Bakar masih menangis, kemudian beliau menangis lagi, sehingga mereka menyangka mereka tidak mampu lagi memahami permasalahan beliau. Dia (Zaid) berkata: Lalu beliau (Abu Bakar RA) mengelap matanya. Mereka bertanya: Wahai Khalifah Rasulullah SAW! Apa yang membuatkan kamu menangis? Beliau berkata: "Suatu hari aku bersama Rasulullah SAW lalu aku melihat Baginda menolak sesuatu sedangkan aku melihat tiada orang lain bersamanya. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa yang kamu tolak daripada diri kamu?. Baginda bersabda: 'Dibentuk bagiku dunia (seolah-olah suatu lembaga), lalu aku berkata kepadanya (dunia): Jauhlah kamu dari diriku, kemudian ia (dunia) kembali lagi dan berkata: Jika engkau lari daripadaku, maka tidak akan lari daripadaku sesiapapun selepas kamu'." [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, dan Ibn Abi al-Dunya dalam Zam al-Dunya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4878].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman