Umat Islam saling berperang dan membunuh dalam merebut pemerintahan

TEKS BAHASA ARAB

سيكون بعدي أمراء يقتتلون على الملك، يقتل بعضهم عليه بعضا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan muncul selepas kewafatanku para pemerintah, mereka saling berperang untuk merebut kerajaan (pemerintahan), sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain untuk tujuan itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis nombor 6804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ثروان بن ملحان قال: كنا جلوساً في المسجد، فمر علينا عمار، فقلنا له: حدثنا حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم في الفتنة، فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: سيكون بعدي أمراء يقتتلون على الملك، يقتل بعضهم عليه بعضا.
[حم، ع، ((الضعيفة)) (3718)]

(Lemah)
Daripada Tharwan bin Milhan telah berkata: Ketika kami sedang duduk di dalam masjid, tiba-tiba ‘Ammar melintasi kami, kami pun berkata kepadanya: Ceritakan kepada kami hadith Rasulullah SAW berkenaan fitnah (bencana). ‘Ammar pun berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Akan muncul selepas kewafatanku para pemerintah, mereka saling berperang untuk merebut kerajaan (pemerintahan), sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain untuk tujuan itu.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3718]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs