Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيكونُ بعدي أُمَرَاءُ يَقْتَتِلُونَ على المُلْكِ، يقتلُ بعضُهم عليه بعضًا.
Teks Bahasa Melayu
Akan muncul selepas kewafatanku para pemerintah, mereka saling berperang untuk merebut kerajaan (pemerintahan), sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain untuk tujuan itu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis no. 6804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Tharwan bin Milhan telah berkata: Ketika kami sedang duduk di dalam masjid, tiba-tiba 'Ammar melintasi kami, kami pun berkata kepadanya: Ceritakan kepada kami hadith Rasulullah SAW berkenaan fitnah (bencana). 'Ammar pun berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Akan muncul selepas kewafatanku para pemerintah, mereka saling berperang untuk merebut kerajaan (pemerintahan), sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain untuk tujuan itu. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3718]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman