Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Umat Islam akan berpecah kepada lebih 70 golongan

Teks Bahasa Arab

تَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى بِضْعٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، كُلِّهِمْ فِي الْجَنَّةِ إِلا فِرْقَةً وَاحِدَةً، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الزَّنَادِقَةُ، وَهُمُ الْقَدَرِيَّةُ.

Teks Bahasa Melayu

Umatku akan berpecah kepada 70 lebih golongan, kesemuanya ke syurga kecuali satu golongan. Mereka berkata: Wahai Rasulullah: Siapakah mereka? Rasulullah bersabda: Mereka adalah kaum Zindiq dan Qadariyyah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 80, hadis no. 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له كذا في اللآلىء.

Tiada asal baginya. Begitu juga dalam (kitab) al-Laali’.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.