TEKS BAHASA ARAB
لا تزال هذه الأمة، (أو قال: أمتي) بخير ما لم يتخذوا في مساجدهم مذابح كمذابح النصارى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Umat ini akan kekal (atau baginda menyebut: umatku) dalam kebaikan selagi mana mereka tidak menjadikan masjid-masjid mereka tempat penyembelihan seperti tempat penyembelihan orang-orang Nasrani.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis nombor 1829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن موسى الجهني، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تزال هذه الأمة، (أو قال: أمتي) بخير ما لم يتخذوا في مساجدهم مذابح كمذابح النصارى)).
[ش ، ((الضعيفة)) (448)]
(Lemah) Daripada Mūsā al-Juhanī RA, beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Umat ini akan kekal (atau baginda menyebut: umatku) dalam kebaikan selagi mana mereka tidak menjadikan masjid-masjid mereka tempat penyembelihan seperti tempat penyembelihan orang-orang Nasrani.
[Riwayat Ibn Abu Syaibah dalam al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 448]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.