Daif

30/06/2024

minit bacaan



Umat ini akan kekal (atau baginda menyebut: umatku) dalam kebaikan selagi mana mereka tidak menjadikan masjid-masjid mereka tempat penyembelihan

Teks Bahasa Arab

لا تَزَالُ هذه الْأُمَّةُ (أو قال: أُمَّتِي) بخيرٍ ما لم يَتَّخِذُوا في مَسَاجِدِهِمْ مَذَابِحَ كمَذَابِحِ النَّصَارَى.

Teks Bahasa Melayu

Umat ini akan kekal (atau baginda menyebut: umatku) dalam kebaikan selagi mana mereka tidak menjadikan masjid-masjid mereka tempat penyembelihan seperti tempat penyembelihan orang-orang Nasrani.

Sahabat Perawi

  1. Musa al-Juhani

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis no. 1829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن موسى الجهني، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لا تزال هذه الأمة، (أو قال: أمتي) بخير ما لم يتخذوا في مساجدهم مذابح كمذابح النصارى». [ش ، «الضعيفة» (448)]

(Daif) Daripada Mūsā al-Juhanī RA, beliau telah berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: Umat ini akan kekal (atau baginda menyebut: umatku) dalam kebaikan selagi mana mereka tidak menjadikan masjid-masjid mereka tempat penyembelihan seperti tempat penyembelihan orang-orang Nasrani. [Riwayat Ibn Abī Syaibah dalam al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 448]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.