Umat aku diberikan lima kurniaan pada bulan Ramadan yang mana kurniaan-Nya ini tidak pernah diberikan kepada umat nabi-nabi yang terdahulu

TEKS BAHASA ARAB

أعطيت أمتي في شهر رمضان خمساً لم يعطهن نبي قبلي: أما واحدة فإذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله إليهم ومن نظر الله إليه لم يعذبه أبداً. وأما الثانية فإنهم يمسون وخلوف أفواههم أطيب عند الله من ريح المسك. وأما الثالثة فإن الملائكة تستغفر لهم في ليلهم ونهارهم. وأما الرابعة فإن الله يأمر جنته: أن استعدي وتزيني لعبادي، فيوشك أن يذهب عنهم نصب الدنيا وأذاها، ويصيرون إلى رحمتي وكرامتي. وأما الخامسة فإذا كان آخر ليلة غفر الله لهم جميعاً. فقال قائل: هي ليلة القدر يا رسول الله؟ قال: لا ألم تر إلى العمال إذا فرغوا من أعمالهم وفوا أجورهم؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umat aku diberikan lima kurniaan pada bulan Ramadan yang mana kurniaan-Nya ini tidak pernah diberikan kepada umat nabi-nabi yang terdahulu (iaitu sebelum aku). Pertama, pada malam pertama awal di bulan Ramadan, Allah akan melihat mereka, dan barangsiapa yang dilihat oleh Allah maka dia tidak akan diazab oleh-Nya buat selama-lamanya. Kedua, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa ini lebih wangi daripada bau haruman al-misk (kasturi) di sisi Allah. Ketiga, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan kepada mereka siang dan malam. Keempat, sesungguhnya Allah memerintahkan syurga-Nya untuk menunggu hamba-hamba-Nya yang berpuasa, hampir sahaja hilang daripada mereka keletihan dan kesakitan dunia, dan mereka menuju kepada rahmat-Ku dan kemuliaan-Ku. Kelima, pada malam-malam terakhir di bulan Ramadan, Allah mengampuni semua hamba-Nya. Lalu dalam kalangan mereka (para sahabat) ada yang bertanya: Apakah itu merupakan malam al-Qadar wahai Rasulullah? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Tidak! Tidakkah engkau pernah melihat seorang pekerja yang telah bekerja, apabila mereka selesai melaksanakan pekerjaan mereka nescaya mereka akan diberikan upah?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1148, hadis nombor 5804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: أعطيت أمتي في شهر رمضان خمساً لم يعطهن نبي قبلي: أما واحدة فإذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله إليهم ومن نظر الله إليه لم يعذبه أبداً. وأما الثانية فإنهم يمسون وخلوف أفواههم أطيب عند الله من ريح المسك. وأما الثالثة فإن الملائكة تستغفر لهم في ليلهم ونهارهم. وأما الرابعة فإن الله يأمر جنته: أن استعدي وتزيني لعبادي، فيوشك أن يذهب عنهم نصب الدنيا وأذاها، ويصيرون إلى رحمتي وكرامتي. وأما الخامسة فإذا كان آخر ليلة غفر الله لهم جميعاً. فقال قائل: هي ليلة القدر يا رسول الله؟ قال: لا, ألم تر إلى العمال إذا فرغوا من أعمالهم وفوا أجورهم؟ [الحسن بن سفيان في الأربعين، وكذا الشحامي في أربعينه، ابن عساكر في فضل رمضان، الواحدي في الوسيط، الضعيفة (5081)]

(Lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdullah secara marfu (disandarkan kepada Nabi SAW): Umat aku diberikan lima kurniaan pada bulan Ramadan yang mana kurniaan-Nya ini tidak pernah diberikan kepada umat nabi-nabi yang terdahulu (iaitu sebelum aku). Pertama, pada malam pertama awal di bulan Ramadan, Allah akan melihat mereka, dan barangsiapa yang dilihat oleh Allah maka dia tidak akan diazab oleh-Nya buat selama-lamanya. Kedua, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa ini lebih wangi daripada bau haruman al-misk (kasturi) di sisi Allah. Ketiga, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan kepada mereka siang dan malam. Keempat, sesungguhnya Allah memerintahkan syurga-Nya untuk menunggu hamba-hamba-Nya yang berpuasa, hampir sahaja hilang daripada mereka keletihan dan kesakitan dunia, dan mereka menuju kepada rahmat-Ku dan kemuliaan-Ku. Kelima, pada malam-malam terakhir di bulan Ramadan, Allah mengampuni semua hamba-Nya. Lalu dalam kalangan mereka (para sahabat) ada yang bertanya: Apakah itu merupakan malam al-Qadar wahai Rasulullah? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Tidak! Tidakkah engkau pernah melihat seorang pekerja yang telah bekerja, apabila mereka selesai melaksanakan pekerjaan mereka nescaya mereka akan diberikan upah? [Riwayat al-Hassan bin Sulaiman, dan al-Syahami dalam kitab al-Arba’in, Ibn ‘Asakir dalam Fadhl Ramadan dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5081]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.