Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أعطيت أمتي في شهر رمضان خمساً، لم يعطهن نبي قبلي: أما واحدة؛ فإذا كان أول ليلة من شهر رمضان؛ نظر الله إليهم، ومن نظر الله إليه؛ لم يعذبه أبداً. وأما الثانية؛ فإنهم يمسون وخلوف أفواههم أطيب عند الله من ريح المسك. وأما الثالثة؛ فإن الملائكة تستغفر لهم في ليلهم ونهارهم. وأما الرابعة؛ فإن الله يأمر جنته: أن استعدي وتزيني لعبادي، فيوشك أن يذهب عنهم نصب الدنيا وأذاها، ويصيرون إلى رحمتي وكرامتي. وأما الخامسة؛ فإذا كان آخر ليلة؛ غفر الله لهم جميعاً. فقال قائل: هي ليلة القدر يا رسول الله؟ قال: لا، ألم تر إلى العمال إذا فرغوا من أعمالهم وفوا أجورهم؟!.
Teks Bahasa Melayu
Umat aku diberikan lima kurniaan pada bulan Ramadan yang mana kurniaan-Nya ini tidak pernah diberikan kepada umat nabi-nabi yang terdahulu (iaitu sebelum aku). Pertama, pada malam pertama awal di bulan Ramadan, Allah akan melihat mereka, dan Sesiapa yang dilihat oleh Allah maka dia tidak akan diazab oleh-Nya buat selama-lamanya.Kedua, sesungguhnya mereka menjalani waktu petang dan bau mulut mereka lebih wangi daripada bau haruman al-misk (kasturi) di sisi Allah. Ketiga, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan kepada mereka siang dan malam. Keempat, sesungguhnya Allah memerintahkan syurga-Nya: bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Nya yang berpuasa, hampir sahaja hilang daripada mereka keletihan dan kesakitan dunia. dan mereka menuju kepada rahmat-Ku dan kemuliaan-Ku. Kelima, pada malam-malam terakhir di bulan Ramadan, Allah mengampuni semua hamba-Nya. Lalu dalam kalangan mereka (para sahabat) ada yang bertanya: Apakah itu merupakan malam al-Qadar wahai Rasulullah? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Tidak! Tidakkah engkau pernah melihat seorang pekerja yang telah bekerja, apabila mereka selesai melaksanakan pekerjaan mereka nescaya mereka akan diberikan upah?
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1148, hadis no. 5804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: أعطيت أمتي في شهر رمضان خمساً لم يعطهن نبي قبلي: أما واحدة فإذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله إليهم ومن نظر الله إليه لم يعذبه أبداً. وأما الثانية فإنهم يمسون وخلوف أفواههم أطيب عند الله من ريح المسك. وأما الثالثة فإن الملائكة تستغفر لهم في ليلهم ونهارهم. وأما الرابعة فإن الله يأمر جنته: أن استعدي وتزيني لعبادي، فيوشك أن يذهب عنهم نصب الدنيا وأذاها، ويصيرون إلى رحمتي وكرامتي. وأما الخامسة فإذا كان آخر ليلة غفر الله لهم جميعاً. فقال قائل: هي ليلة القدر يا رسول الله؟ قال: لا, ألم تر إلى العمال إذا فرغوا من أعمالهم وفوا أجورهم؟ [الحسن بن سفيان في الأربعين، وكذا الشحامي في أربعينه، ابن عساكر في فضل رمضان، الواحدي في الوسيط، الضعيفة (5081)]
(Lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdullah secara marfu (disandarkan kepada Nabi SAW): Umat aku diberikan lima kurniaan pada bulan Ramadan yang mana kurniaan-Nya ini tidak pernah diberikan kepada umat nabi-nabi yang terdahulu (iaitu sebelum aku). Pertama, pada malam pertama awal di bulan Ramadan, Allah akan melihat mereka, dan Sesiapa yang dilihat oleh Allah maka dia tidak akan diazab oleh-Nya buat selama-lamanya.Kedua, sesungguhnya mereka menjalani waktu petang dan bau mulut mereka lebih wangi daripada bau haruman al-misk (kasturi) di sisi Allah. Ketiga, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan kepada mereka siang dan malam. Keempat, sesungguhnya Allah memerintahkan syurga-Nya: bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Nya yang berpuasa, hampir sahaja hilang daripada mereka keletihan dan kesakitan dunia. dan mereka menuju kepada rahmat-Ku dan kemuliaan-Ku. Kelima, pada malam-malam terakhir di bulan Ramadan, Allah mengampuni semua hamba-Nya. Lalu dalam kalangan mereka (para sahabat) ada yang bertanya: Apakah itu merupakan malam al-Qadar wahai Rasulullah? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Tidak! Tidakkah engkau pernah melihat seorang pekerja yang telah bekerja, apabila mereka selesai melaksanakan pekerjaan mereka nescaya mereka akan diberikan upah? [Riwayat al-Hassan bin Sulaiman, dan al-Syahami dalam kitab al-Arba’in, Ibn ‘Asakir dalam Fadhl Ramadan dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5081]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman