Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُمَّتِي أُمَّةٌ مرحومةٌ، مغفورٌ لها، مُتَابٌ عليها.
Teks Bahasa Melayu
Umat aku adalah umat yang dikasihi. Mereka diampunkan dan diberikan pahala atas perbuatan mereka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1951, hadis no. 9768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن أنس رضي الله عنه قال: قال ﷺ: أُمَّتِي أُمَّةٌ مَرْحُومَةٌ، مَغْفُورٌ لَهَا، مُثَابٌ عَلَيْهَا. [الحاكم في ((المعرفة علوم الحديث))، وعزاه السيوطي في ((الجامعين)) للحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (7061)]
(Shaz) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Umat aku adalah umat yang dikasihi. Mereka diampunkan dan diberikan pahala atas perbuatan mereka. [Riwayat al-Hakim dalam Ma'rifah Ulum Hadis dan al-Suyuti bersendirian dalam kedua kitab Jami’ daripada al-Hakim dalam al-Kunna. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7061]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman