TEKS BAHASA ARAB
لتزدحمن هذه الأمة على الحوض ازدحام إبل وردت لخمس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Umat akan berpusu-pusu menuju al-Haudh (kolam) seperti mana unta berpusu-pusu untuk minum pada hari kelima (setelah empat hari tidak minum).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1912, hadis nombor 9601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن العرباض بن سارية رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لتزدحمن هذه الأمة على الحوض ازدحام إبل وردت لخمس.
[حب، طب، ((الضعيفة)) (5725)]
(Lemah)
Daripada al-‘Irbad Bin Sariyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Umat akan berpusu-pusu menuju al-Haudh (kolam) seperti mana unta berpusu-pusu untuk minum pada hari kelima (setelah empat hari tidak minum).
[Riwayat Ibn Hibban dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5725]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.