‘Umar umpama pelita kepada ahli syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عمر سراج أهل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Umar umpama pelita kepada ahli syurga.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1844, hadis nombor 9303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عبدالله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((عمر سراج أهل الجنة)). [الحسن بن عرفة، ابن شاهين في ((شرح السنة))، الثقفي في ((الثقفيات))، البزار، خط، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٣٩١٦)]

(Batil) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Umar umpama pelita kepada ahli syurga. [Riwayat al-Ḥassan ibn ‘Urfah, Ibn Syāhīn dalam kitab Syarh al-Sunnah, al-Thaqafī dalam kitab al-Thaqafiyyāt, al-Bazzār dalam Musnadnya, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam kitab Tārīkhnya, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3916]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.