Umar RA telah datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu terdapat orang-orang berdekatan sedang memukul gendang

TEKS BAHASA ARAB

دخل عمر رضي الله تعالى عنه على النبي – صلى الله عليه وسلم – وعنده جوار يضربن بالدفوف، فأسكتهن لدخوله قائلا: هو لا يحب الباطل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umar RA telah datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu terdapat hamba-hamba disamping baginda yang sedang memukul gendang lalu mereka senyap kerana kedatangan Umar dan berkata: Dia tidak suka kepada kebatilan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1646, hadis nombor 8323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل لا أصل له) (دخل عمر رضي الله تعالى عنه على النبي – صلى الله عليه وسلم – وعنده جَوارٍ يَضرِبْن بالدُّفوف، فأسكتهنّ لدخوله قائلاً: هو لا يحب الباطل). [((الضعيفة)) (6937)].

(Batil dan tiada asal baginya)
Umar RA telah datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu terdapat hamba-hamba disamping baginda yang sedang memukul gendang lalu mereka senyap kerana kedatangan Umar dan berkata: Dia tidak suka kepada kebatilan.
[Lihat Silsilah al-Dai'fah (6937)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs