Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَخَلَ عُمَرُ رَضِيَ اللّهُ تَعَالَى عَنْهُ عَلَى النَّبِيِّ - صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَعِنْدَهُ جَوَارٍ يَضْرِِبْنَ بِالدُّفُوفِ، فَأَسْكَتَهُنّّ لِدُخُولِهِ قَائِلاً: هُوَ لَا ُيحِبُّ الْبَاطِلَ.
Teks Bahasa Melayu
Umar RA telah datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu terdapat hamba-hamba disamping baginda yang sedang memukul gendang lalu mereka senyap kerana kedatangan Umar dan berkata: Dia tidak suka kepada kebatilan.
Sahabat Perawi
- Tidak ditemui
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1646, hadis no. 8323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil dan tiada asal baginya) Umar RA telah datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu terdapat hamba-hamba disamping baginda yang sedang memukul gendang lalu mereka senyap kerana kedatangan Umar dan berkata: Dia tidak suka kepada kebatilan. [Lihat Silsilah al-Dai'fah (6937)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman