Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Umar RA membaca doa ini ketika memakai pakaian baharu

Teks Bahasa Arab

من لبس ثوباً جديداً فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، - أو قال: ألقى - فتصدق به؛ كان في كنف الله، وفي حفظ الله، وفي ستر الله حياً وميتاً. قالها ثلاثاً.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang memakai pakaian baharu lalu dia membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku. Kemudian dia mengambil baju yang lama itu lalu dia bersedekah dengannya maka dia berada di dalam perlindungan Allah serta penjagaan Allah dan penutupan Allah (Allah menjaga rahsia dirinya) sama ada dalam keadaan dia hidup atau mati”. Dia (Umar RA) menyebutnya sebanyak tiga kali.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1628, hadis no. 8231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: لبس عمر بن الخطاب ثوباً جديداً، فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي. ثم قال: ((من لبس ثوباً جديداً فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، - أو قال: ألقى - فتصدق به؛ كان في كنف الله، وفي حفظ الله، وفي ستر الله حياً وميتاً. قالها ثلاثاً)). [ش، هــ، ابن السني، ((الضعيفة)) (4649)].

(Lemah) Daripada Abu Umamah RA beliau berkata: Umar bin al-Khattab telah memakai pakaian yang baharu, lalu dia membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku.” Kemudian dia berkata: Barang siapa yang memakai pakaian baharu lalu dia membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku. Kemudian dia mengambil baju yang lama itu lalu dia bersedekah dengannya maka dia berada di dalam perlindungan Allah serta penjagaan Allah dan penutupan Allah (Allah menjaga rahsia dirinya) sama ada dalam keadaan dia hidup atau mati”. Dia (Umar RA) menyebutnya sebanyak tiga kali. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya, Ibn Majah dalam Sunannya, dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4649].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.