TEKS BAHASA ARAB
قال عمر: يا نبي الله مالك أفصحنا؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: جاءني جبريل فلقنني لغة أبي إسماعيل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
‘Umar RA bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana kamu boleh menjadi manusia paling fasih dalam kalangan kami? Baginda SAW menjawab: Jibril pernah datang kepada saya, lalu mengajarkan bahasa bapaku, Isma‘il kepadaku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1039, hadis nombor 5316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال عمر: يا نبي الله مالك أفصحنا؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: جاءني جبريل فلقنني لغة أبي إسماعيل. [أبو نعيم في أخبار أصفهان، الضعيفة (1194)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau menceritakan, ‘Umar RA bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana kamu boleh menjadi manusia paling fasih dalam kalangan kami? Baginda SAW menjawab: Jibril pernah datang kepada saya, lalu mengajarkan bahasa bapaku Isma‘il kepadaku. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1194]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.