Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ مَرَّ بِرَجُلٍ يَقْرَأُ كِتَابًا فَاسْتَمِعَهُ سَاعَةً فَاسْتَحْسِنَهُ، فَقَالَ: أَتَكْتُبُ لِي مِنْ هَذَا الكِتَابِ؟ قَالَ: نَعَمْ. فَاشْتَرَى أَدِيْمًا فَهَنَّأَهُ. ثُمَّ جَاءَ بِهِ إِلَيْهَ فَنَسَخَ لَهُ فِي ظَهْرِهِ وَبَطْنِهِ. ثُمَّ أَتَى بِهَا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَعَلَ يَقْرَأُ عَلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَلَوَّنُ. فَضَرَبَ رَجُلُ مِنَ الأَنْصَارِ بِيَدِهِ الكِتَابَ، وَقَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا ابْنَ الخَطَّاب! أَلَا تَرَى إِلَى وَجْهِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ اليَوْمِ وَأَنْتَ تَقْرَأُ عَلَيْهِ هَذَا الكِتَابَ؟! فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: إِنَّمَا بُعِثْتُ فَاتِحًا وَخَاتِمًا، وَأُعْطِيْتُ جَوَامِعَ الكَلِمِ وَفَوَاتِحِهِ، وَاخْتُصِرَ لِي الحَدِيثُ اخْتِصَارًا، فَلَا يُهْلِكَنَّكُم المُتَهَوِِّكُونَ.
Teks Bahasa Melayu
‘Umar RA berjalan melintasi seorang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. ‘Umar memasang telinga mendengarnya sebentar, lalu beliau menyukainya. Beliau berkata, “Bolehkah kamu salinkan buku ini untuk saya? Lelaki itu menjawab: Boleh. Beliau membeli sehelai kulit, lalu menyerahkan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menyalinnya di bahagian depan dan belakang. Kemudian beliau membawanya kepada Nabi SAW dan membacanya kepada Baginda, sehingga berwarna wajah Baginda. Seorang lelaki daripada Ansar mengambil tulisan tersebut dan mencampakkannya, seraya berkata, Semoga ibumu kehilanganmu wahai Ibn al-Khattab! Tidakkah kamu nampak wajah Rasulullah sudah berubah ketika engkau engkau membacakan tulisan itu kepada Baginda? Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya saya diutuskan sebagai pembuka dan penutup. Saya dikurniakan kata-kata yang pendek dan padat, kunci-kuncinya, serta diringkaskan hadis buatku seringkas-ringkasnya. Justeru janganlah biarkan orang-orang yang kehairanan membinasakan kalian.
Sahabat Perawi
- Abu Qilabah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1049-1050, hadis no. 5365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي قلابة رضي الله عنه أن عمر رضي الله عنه مر برجل يقرأ كتابًا فاستمعه ساعة فاستحسنه، فقال: أتكتب لي من هذا الكتاب؟ قال: نعم. فاشترى أديمًا فهنأه. ثم جاء به إليه فنسخ له في ظهره وبطنه. ثم أتى بها النبي صلى الله عليه وسلم فجعل يقرأ عليه وجعل النبي صلى الله عليه وسلم يتلون. فضرب رجل من الأنصار بيده الكتاب وقال: ثكلتك أمك يا ابن الخطاب! ألا ترى إلى وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم منذ اليوم وأنت تقرأ عليه هذا الكتاب؟! فقال النبي صلى الله عليه وسلم عند ذلك: إنما بعثت فاتحا وخاتما وأعطيت جوامع الكلم وفواتحه واختصر لي الحديث اختصارا فلا يهلكنكم المتهوكون. [الهروي في ذم الكلام، هب، عب، الضعيفة (2864)]
[Lemah] Daripada Abu Qilabah RA, bahawa ‘Umar RA berjalan melintasi seorang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. ‘Umar memasang telinga mendengarnya sebentar, lalu beliau menyukainya. Beliau berkata: Bolehkah kamu salinkan buku ini untuk saya? Lelaki itu menjawab: Boleh. Beliau membeli sehelai kulit, lalu menyerahkan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menyalinnya di bahagian depan dan belakang. Kemudian beliau membawanya kepada Nabi SAW dan membacanya kepada Baginda, sehingga berwarna wajah Baginda. Seorang lelaki daripada Ansar mengambil tulisan tersebut dan mencampakkannya, seraya berkata, Semoga ibumu kehilanganmu wahai Ibn al-Khattab! Tidakkah kamu nampak wajah Rasulullah sudah berubah ketika engkau engkau membacakan tulisan itu kepada Baginda? Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya saya diutuskan sebagai pembuka dan penutup. Saya dikurniakan kata-kata yang pendek dan padat, kunci-kuncinya, serta diringkaskan hadis buatku seringkas-ringkasnya. Justeru janganlah biarkan orang-orang yang kehairanan membinasakan kalian. [ٌRiwayat al-Harawi dalam Zamm al-Kalam, ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2864]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman